KEMPEN PEMBAYARAN CUKAI PINTU MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR ZON 17 SENA TERIMA SAMBUTAN BAIK PENDUDUK SETEMPAT

Alor Setar, 13 Februari 2026 (Jumaat) – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meneruskan inisiatif Kempen Pembayaran Cukai Pintu dengan turun padang mendekati komuniti di Kawasan Zon 17 Sena, bertempat di Taman Bandar Baru, Pokok Sena, baru-baru ini. Program tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya.
 
Program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat ini merupakan inisiatif yang digerakkan oleh Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai Kawasan Zon 17 (Sena), Puan Robiah Dahaman, dengan bantuan Penolong Pegawai Kawasan, Encik Rasyidi Othman.
 
Antara perkhidmatan utama yang disediakan sepanjang kempen tersebut merangkumi kaunter pembayaran cukai pintu, kaunter promosi pengurangan kompaun parkir MBAS sehingga 60 peratus, Jualan Rahmah MADANI yang menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan, pemeriksaan kesihatan percuma oleh Putra Medical Centre (PMC), pameran kesedaran oleh SWCorp, pameran jualan Jabatan Penjara Pokok Sena, Kulim Hi-Tech Park (KHTP) Skills Centre serta kaunter promosi daripada CelcomDigi.
 
Pendekatan turun padang ini bertujuan untuk memudahkan urusan orang awam selain memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan swasta bersama komuniti melalui penyediaan pelbagai perkhidmatan bersepadu di satu lokasi.
 
Turut hadir dalam program tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis MBAS; para pengarah dan ketua bahagian MBAS, ketua-ketua komuniti serta penduduk setempat.
 
 
Skip to content