Pastikan Persekitaran Selamat, Jabatan Pembangunan Landskap MPKP Laksana Pemangkasan Pokok




Jabatan Pembangunan Landskap, Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) kini giat menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan landskap dan pembersihan pokok di sekitar Taman Suria, Jitra, bagi memastikan persekitaran kawasan tersebut sentiasa kemas, indah, dan selamat untuk penduduk setempat. Menerusi pemantauan di lokasi, petugas dilihat sedang giat melakukan kerja-kerja pemangkasan dahan serta mengangkut sisa-sisa kayu menggunakan lori tong roro MPKP bagi memastikan tiada halangan atau risiko dahan jatuh yang boleh membahayakan pengguna jalan raya. Usaha berterusan ini merupakan sebahagian daripada komitmen pihak majlis dalam merealisasikan visi perbandaran yang bersih, makmur, dan selamat selaras dengan aspirasi Kedah Sejahtera.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
