Bazar Ramadan Tapak Penjaja Sementara P.P.D Sungai Korok 2026






Sungai Korok, 25 Februari 2026 (Rabu) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu bersama dalam operasi pemeriksaan lesen bazar ramadan. Operasi ini menekankan aspek kebersihan dan kepatuhan peniaga dalam mempamerkan dokumen2 yang penting sewaktu menjalankan perniagaan.
Rondaan disekitar tapak memperlihatkan kebanyakkan peniaga patuh dengan aspek kebersihan yang telah ditetapkan. Kepada para peniaga yang tidak patuh, amaran keras diberikan supaya mereka lebih peka terhadap kepentingan menjaga kebersihan dari segi pemakaian penutup kepala dan penggunaan alatan yang sesuai sewaktu menjalankan perniagaan.
Bazar ramadhan Tapak Penjaja Sementara P.P.D Sungai Korok menyajikan pelbagai juadah yang menarik serta mampu memenuhi citarasa pengunjung yang datang. Layanan mesra kepada pengunjung juga ditunjukkan oleh peniaga merancakkan lagi suasana bazar ramadan.
Lokasi Tapak Penjaja Sementara P.P.D Sungai Korok : https://maps.app.goo.gl/VTg5KCtp3jZwiFJS6
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
