12 Februari 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah mengadakan Program Sumbangan Tahun Baru Cina, Sumbangan Ramadan Dan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Putra yang telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MPKK, Dato’ Haji Elmi bin Yusoff.

Tujuan utama penganjuran majlis ini adalah untuk meraikan dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk. Semoga ia dapat meringankan sedikit bebanan dalam membuat persiapan menyambut Tahun Baharu Cina, Ramadan dan seterusnya Aidilfitri.

Pihak MPKK melalui Ahli-Ahli Majlis dan Pegawai Kawasan telah berusaha menghimpunkan penduduk mengikut zon masing-masing bagi memastikan tiada yang tercicir daripada menerima manfaat dan sumbangan ini. Terima kasih diucapkan atas kehadiran komuniti yang telah memeriahkan lagi program ini.

Majlis ini bukan sekadar penyampaian sumbangan tetapi juga platform untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh jaringan komuniti serta menyemai nilai kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat. Perpaduan yang kita bina hari ini adalah warisan paling berharga untuk generasi akan datang.

Dalam kesempatan ini juga, ingin diuar-uarkan Program Jualan Rahmah yang akan diadakan di Stadium Kulim anjuran KPDN dengan kerjasama MPKK pada 13 – 15 Februari 2026. Rebutlah peluang untuk mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan.

Akhir kata, mewakili seluruh kepimpinan dan warga MPKK mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada yang meraikan dan Salam Ramadan serta Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#KomunitiSejahtera

Skip to content