23 Februari 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kulim telah melaksanakan Jerayawara Bazar Ramadan & Pelancaran Ops Ramadan Daerah Kulim 2026 bertempat di Taman Mutiara, Sungai Kob.

Program ini diadakan sebagai inisiatif pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan pengoperasian bazar Ramadan di daerah Kulim berjalan lancar, tersusun serta mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan makanan yang telah ditetapkan. Usaha ini penting dalam menjamin kesejahteraan pengguna sepanjang bulan Ramadan.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohamad Rizal Bin Mohamad Radzi, Pegawai Daerah Kulim, Pejabat Daerah & Tanah Kulim; Dr. Liyanatul Najwa Binti Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Kulim, Pejabat Kesihatan Daerah Kulim; En. Mohamad Suhaimi Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah; serta En. Ahmad Syakir Bin Arus, Pengarah Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kulim Kedah.

Melalui pelaksanaan Ops Ramadan ini, MPKK komited dalam memastikan setiap peniaga mematuhi syarat pelesenan serta aspek kebersihan premis dan pengendalian makanan. Kerjasama semua pihak termasuk peniaga dan pengunjung amatlah dihargai dalam menjayakan usaha ini.

Semoga komitmen berterusan ini dapat memastikan bazar Ramadan di daerah Kulim kekal bersih, selamat dan teratur demi manfaat bersama.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#OpsRamadan2026

#Ramadan1447H

Skip to content