PEMAKLUMAN
FAST TRACK LANE (FTL) MPSPK: CEPAT, CEKAP, TELUS
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) terus komited mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan menerusi pelaksanaan Fast Track Lane (FTL) – satu inisiatif khas bagi mempercepatkan proses kelulusan permohonan perancangan dan pembangunan di bawah pentadbiran MPSPK.
FTL diwujudkan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi setempat dengan memastikan permohonan yang lengkap, mematuhi garis panduan serta bebas daripada isu teknikal dan perundangan diberi keutamaan untuk diproses dalam tempoh yang lebih singkat.
Pendekatan ini membolehkan proses dipercepatkan tanpa menjejaskan aspek pematuhan undang-undang dan kawal selia.
Melalui FTL, MPSPK komited untuk:
- Meningkatkan daya saing pelaburan
- Mempercepatkan projek pembangunan strategik
- Mengurangkan birokrasi yang tidak perlu
- Menyampaikan perkhidmatan yang lebih cekap, pantas dan telus
Secara keseluruhannya, FTL menjadi platform pemudah cara yang memperkukuh pembangunan mampan serta menampilkan MPSPK sebagai pihak berkuasa tempatan yang progresif, responsif dan mesra pelabur.

