TERIMA KASIH WARGA BANDAR RAYA ALOR SETAR TUNAI TANGGUNGJAWAB DEMI PEMBANGUNAN BANDARAYA ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 1 Januari 2026 – Sekitar suasana pembayaran Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Alor Setar Tahun 2026 di Ibu Pejabat MBAS dan Kaunter Hasil MBAS, Aras 2, Bangunan UTC Kedah. Kehadiran seawal pagi mencerminkan kesedaran tinggi penduduk dalam menyokong kelestarian pembangunan dan kemudahan infrastruktur di bandar raya ini.

Rebat sebanyak 10% diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada pemilik yang mengalami kenaikan pada kadar nilaian baharu bagi tahun 2026. Inisiatif ini merupakan langkah keprihatinan pihak kerajaan bagi meringankan beban pemilik harta selaras dengan pelaksanaan penilaian semula hartanah.
Kepada pembayar cukai taksiran terawal 2026, 20,000 unit cenderahati eksklusif berupa tumbler menanti anda!!!

Cenderahati adalah terhad.

“Bayaran secara tanpa tunai (cashless) sahaja di Kaunter MBAS”
Syarat-syarat pemberian cenderahati :
1. Menjelaskan bayaran setahun dan tiada tunggakan
2. Mengemaskini maklumat pemilik seperti Nama, No. K/P, No. Telefon, Alamat Surat-Menyurat dan Emel.

*Bagi pembayar yang membuat bayaran secara atas talian, anda boleh hadir ke pejabat MBAS untuk membuat tuntutan cenderahati selagi stok masih ada.

Ayuh jelaskan Cukai Taksiran Anda, Demi Pembangunan Bandar Raya Alor Setar.

 
Skip to content