DYTM TUANKU RAJA MUDA KEDAH SERTA DYTM TUANKU RAJA PUAN MUDA KEDAH DAN YTM ANAKANDA BERANGKAT KE DATARAN STARWALK & LORONG SEMPIT

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 2 Januari 2026 : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah; Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah; serta Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah bin Tengku Sarafudin Badlishah perkenan berangkat ke Dataran Starwalk dan Lorong Sempit.

Keberangkatan tiba DYTM Tuanku Raja Muda Kedah serta keluarga disambut oleh YB Muhammad Amri bin Wahab, ADUN Derga; YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya, Datuk Bandar Alor Setar; pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Alor Setar serta dif-dif kehormat.

DYTM Tuanku Raja Muda Kedah serta keluarga turut perkenan menyantuni para peniaga dan pengunjung di Lorong Sempit dan Lorong Pekan. DYTM Tuanku Raja Muda Kedah turut bertitah bahawa langkah menaik taraf Lorong Sempit dengan elemen seperti ‘star walk’ berjaya menarik lebih ramai pengunjung, merancakkan aktiviti perniagaan serta memelihara warisan bandar sebagai tarikan dalam ‘Experience Kedah’ dan ‘Visit Malaysia Year’.

Skip to content