PERHIMPUNAN KORPORAT BAGI BULAN JANUARI 2026 MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 4 Januari 2026 (Ahad) – Majlis Perhimpunan Korporat Majlis Bandaraya Alor Setar bagi bulan Januari 2026 yang telah berlangsung pagi tadi bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Setiausaha MBAS yang mewakili Datuk Bandar Alor Setar, En. Mohamad Shahuri bin Mohamad Norlin.
 
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah, dan lagu rasmi MBAS yang dipersembahkan oleh kumpulan koir MBAS. Seterusnya, bacaan ikrar seluruh kakitangan MBAS telah dilakukan sebagai simbolik semangat kerjasama dan komitmen terhadap tugas.
 
Perhimpunan diteruskan dengan pemberian sumbangan wakalah zakat MBAS kepada 44 orang penerima. Wakalah wang zakat ini merupakan hasil dari zakat pendapatan kakitangan MBAS yang dibayar secara potongan gaji dan pihak pengurusan MBAS telah memutuskan untuk menyerahkan wakalah kepada kakitangan yang mengelami masalah kesihatan yang kritikal, kakitangan dan anak-anak kakitangan yang sedang yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
 
Perhimpunan diakhiri dengan sesi taklimat oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Sesi taklimat yang bertajuk “Potong Gaji Bayar Zakat, Rezeki Berkat” itu telah disampaikan oleh Ketua Unit Zakat Pendapatan (Kerajaan) LZNK, Ustaz Firdaus Abd Razak.
 
Hadir sama di perhimpunan ini ialah Timbalan Setiausaha MBAS, Encik Azlizam Jaafar Sidik, Pengarah-Pengarah MBAS, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta seluruh kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar.
 
 
Skip to content