DATUK BANDAR ALOR SETAR HADIR KE MAJLIS KESYUKURAN KAMPUNG ANGKAT MADANI TERBAIK 2024

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 4 Januari 2026 – Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Alor Setar bagi Penggal 2026-2027 yang telah berlangsung pagi tadi bertempat di Dewan Mesyuarat, Bangunan UTC Kedah.
 
Seramai 24 orang Ahli Majlis telah menyempurnakan lafaz akad sumpah di hadapan Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya. Upacara angkat sumpah ini melibatkan 22 orang lantikan semula Ahli Majlis dan dua (2) orang lantikan baharu.
 
Datuk Bandar Alor Setar dalam ucapannya menyatakan bahawa Ahli-ahli majlis adalah pemain utama dan terpenting dalam sinergi perbandaran. Berfungsi sebagai pembuat dasar, penghubung antara MBAS dengan masyarakat. Mengangkat aspirasi warga bandar raya, memantau keberkesanan PBT, serta memastikan setiap keputusan MBAS memberi manfaat kepada masyarakat.
 
“Saya berkeyakinan penuh bahawa semangat berpasukan dalam menggalas tanggungjawab dan amanah ini akan kita gemblengkan dengan lebih inklusif dan meletakkan kebajikan rakyat sebagai fokus utama MBAS dalam dua tahun mendatang ini. Sesungguhnya pada pagi ini, 92% daripada kita yang ada dalam majlis pada hari ini adalah pasukan yang sama ,” ujar beliau ketika menyempurnakan majlis tersebut.
 
Turut hadir ialah Tuan Setiausaha MBAS, En. Mohamad Shahuri bin Mohamad Norlin; Timbalan Setiausaha MBAS, Encik Azlizam Jaafar Sidik, Pengarah-Pengarah MBAS, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta seluruh kakitangan terlibat.
 
Dalam majlis yang sama, beliau bagi pihak MBAS turut mengalu-alukan pelantikan ahli pasukan baharu bagi sesi dua tahun ini iaitu Saudara Khairuddin bin Arsyad dan Ketua Polis Daerah Kota Setar yang baharu, Tuan ACP Syed Basri bin Syed Ali.
 
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Ahli Majlis, Encik Shahrizan bin Mohd Hazime dan Puan ACP Siti Nor Salawati binti Saad, atas sumbangan bakti dan komitmen jitu yang telah dicurahkan kepada MBAS sepanjang penggal yang lalu.
 
Pelantikan bagi penggal 2026-2027 ini diharapkan dapat memperkukuhkan lagi tadbir urus MBAS dalam mendepani cabaran perbandaran masa kini demi kesejahteraan warga bandar raya Alor Setar.
 
 
 
 
Skip to content