KEBERANGKATAN KEBAWAH DYMM TUANKU SULTAN KEDAH MENINJAU PROJEK ALOR SETAR URBAN FOREST 2 DI ISTANA SEPACHENDERA DAN LANDSKAP DI HADAPAN WISMA DARUL AMAN
Alor Setar, 10 Januari 2026 (Sabtu) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman telah perkenan berangkat ke kawasan Istana Sepachendera bagi melihat kerja-kerja pembangunan projek landskap Alor Setar Urban Forest 2 dan landskap di Kawasan hadapan Wisma Darul Aman.
Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Yang Berbahagia Dato’ Seri Setia DiRaja Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din; Timbalan Setiausaha MBAS, Encik Azlizam Jaafar Sidik; Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS, En. Ahmad Sujairi Md. Hassan serta pegawai-pegawai terlibat.
