PERBINCANGAN ULUNG RASeL BERSAMA MALAYSIAN GREEN TECHNOLOGY AND CLIMATE CHANGE CORPORATION (MGTC), KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Putrajaya, 12 Januari 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mengadakan perbincangan strategik buat julung kalinya bersama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
 
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, YBrs. Tuan Saiful Adib Abdul Munaff, dan dihadiri oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya. Turut hadir bersama ialah Pengerusi Trash4Cash, Dato’ Seri Shamsool Yahaya serta Pengarah Urusan, Ir. Mhd Saiful Anuar Zainal.
 
Perbincangan ini memfokuskan matlamat dan hala tuju RASeL di Bandaraya Alor Setar. Antara intipati perbincangan adalah mengenai keterangkuman aspek kebersihan,kelestarian dan keindahan Bandaraya Alor Setar. RASeL buat julung kalinya akan menjadi nadi penting buat seluruh Bandaraya Alor Setar dengan berlandaskan kepada enam (6) Dasar Utama Kerajaan Malaysia :
 
– Dasar Kebersihan Negara
– Dasar Komuniti Negara
– Dasar Ekonomi Kitaran Negara
– Dasar Pembangunan Bandar Pintar
– Dasar Kebun Komuniti
– Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 2030)
 
Delegasi MBAS turut disertai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran (Penguatkuasaan & Promosi), Puan Jazilah Jalaludin serta Pegawai Kesihatan Persekitaran, Encik Muhammad Helmy Jufry Rusli. Kerjasama ini diharapkan dapat memperkukuh kedudukan Alor Setar sebagai sebuah bandar raya hijau yang lestari dan berdaya huni selaras dengan matlamat pembangunan negara.
 
Skip to content