MBAS PERSEMBAH TAKLIMAT PROJEK LESTARI 'URBAN FOREST 2' DAN ‘ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY’ KEPADA DYAM TUNKU MAHKOTA KEDAH

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 20 Januari 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mempersembahkan taklimat strategik berkaitan inisiatif kelestarian bandar raya kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin melalui persidangan secara atas talian, hari ini.
 
Sesi persembahan taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk memaklumkan kepada baginda mengenai perancangan dan pelaksanaan dua projek impak tinggi iaitu projek pembangunan landskap ‘Alor Setar Urban Forest 2’ di kawasan Istana Sepachendera yang dirangka untuk memperkasakan kawasan hijau di tengah pusat bandar raya. Turut dipersembahkan adalah program ‘Alor Setar Car Free Saturday’, sebuah inisiatif yang memfokuskan kepada pengurangan jejak karbon dan promosi gaya hidup sihat melalui penyediaan zon bebas kenderaan pada hari Sabtu.
 
Pihak MBAS telah dihadiri oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya; Timbalan Setiausaha MBAS, Encik Azlizam Jaafar Sidik; Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian terlibat.
 
Menjunjung kasih Tuanku.
 
Skip to content