KUNJUNGAN HORMAT RAHIM & CO KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
Alor Setar, 21 Januari 2026 (Rabu) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan En. Sr. Mahadzir bin Isa wakil Rahim & Co, di Ibu Pejabat MBAS, hari ini.
Kunjungan tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan penganjuran Property Market Review 2025/2026 yang akan diadakan pada 27 Januari 2026 bertempat Dewan Besar As- Sakinah, tingkat 7, Menara MBAS.
