KUNJUNGAN HORMAT PENOLONG PENGURUS BANK RAKYAT CAWANGAN PEKAN SIMPANG KUALA KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
Alor Setar, 21 Januari 2026 (Rabu) -Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah menerima kunjungan Penolong Pengurus Bank Rakyat Cawangan Pekan Simpang Kuala, En. Khidzrul Nizam Mohd Khidir di Ibu Pejabat MBAS, hari ini.
Pelbagai perkara telah dibincangkan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak serta perkongsian pandangan dalam pelbagai aspek pembangunan demi kemajuan bandar raya Alor Setar.
