DATUK BANDAR ALOR SETAR HADIR KE MAJLIS KESYUKURAN KAMPUNG ANGKAT MADANI TERBAIK 2024

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Kuala Muda, 22 Januari 2026 (Jumaat)– Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah hadir ke Majlis Kesyukuran Pemenang Tempat Pertama Kampung Angkat Madani Terbaik 2024 yang berlangsung di Masjid At-Tahir, Kampung Sungai Gelam, Kuala Muda, hari ini.
 
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Umar Saifuddin bin Jaafar, Peguam Cara Negara II, mewakili Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perdana Menteri. Majlis kesyukuran ini dianjurkan khas bagi meraikan kejayaan Kampung Jilid 8 dan Rangkaian, Mukim Bujang yang telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama bagi inisiatif Kampung Angkat Madani Terbaik 2024.
 
Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kewangan MBAS, Encik Mohamad Najib Mohd Salleh dan Ketua Unit Gerak Cepat, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, Encik Mohd Khairul Nidzam Tajudin.
 
Skip to content