MBAS TERIMA KUNJUNGAN PASUKAN JABATAN AUDIT NEGARA BAGI PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN 2025
Alor Setar, 28 Januari 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kehadiran pasukan juruaudit daripada Jabatan Audit Negara Negeri Kedah bagi melaksanakan proses Pengauditan Terhadap Penyata Kewangan Majlis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
Ketibaan pasukan pasukan juruaudit Jabatan Audit Negara Negeri Kedah telah disambut Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya bersama Pengarah Jabatan Kewangan MBAS, Encik Mohamad Najib Mohd Salleh serta pegawai-pegawai terlibat.
Pasukan audit kali ini diketuai oleh Puan Eng Ying Hui selaku Ketua Pasukan, dan dibantu oleh tiga pegawai lain iaitu Puan Norini Ayob, Puan Rohaizal Afzan Abdullah, serta Puan Nur Hidayah Ahmad Subri.
Pihak Pengurusan MBAS menyambut baik kehadiran pasukan audit ini dan memberikan komitmen penuh untuk bekerjasama dalam menyediakan segala rekod dan dokumen yang diperlukan bagi tujuan semakan dan pengesahan.
