LAWATAN DAN PERBINCANGAN HALA TUJU ANTARA MPSPK DAN PKNK

Satu pertemuan penting telah diadakan antara Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) bagi membincangkan hala tuju pembangunan kawasan perindustrian. Pertemuan ini memberi fokus kepada beberapa kawasan perindustrian yang dibangunkan oleh PKNK, termasuk Industri Gurun, Taman Ria Jaya LPK, Bakar Arang, dan Tikam Batu.

Dari pihak PKNK, perbincangan dihadiri oleh Pengurus Bahagian Industri Puan Kamariah bt Mohd Fisol, bersama Encik Hanizam bin Md Hashim, Encik Fairuz bin Ilias, dan Cik Rosshidah bt Sulaiman Puzi bersama Setiausaha MPSPK Mohammad Hasbullah bin Abd. Hadi, serta Pengarah Jabatan Kejuruteraan Mohd Zahir bin Salleh.

Perbincangan turut menumpukan kepada langkah-langkah penyelesaian terhadap isu-isu berbangkit, termasuk aduan pihak berkepentingan, isu serahan, serta pajakan lot-lot kosong, bagi memastikan pengurusan kawasan perindustrian lebih tersusun dan efisien.

Perbincangan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara MPSPK dan PKNK, membuka peluang pembangunan yang lebih teratur, serta memastikan kawasan perindustrian terus memberi manfaat kepada ekonomi tempatan dan komuniti setempat.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content