7 Mac 2026 – YAB Dato’ Seri Diraja Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri menghadiri Mesyuarat Pembangunan Daerah Kulim yang berlangsung di Bangunan Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK). Mesyuarat tersebut melibatkan kepimpinan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Kedah serta ketua-ketua jabatan dan agensi berkaitan. Hadir sama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri dan Tan Sri Shamsul Azri bin Ismail, Ketua Setiausaha Negara.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seri Haji Norizan Khazali; Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, YB Tuan Roslan Hashim; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), Dato’ Haji Mohd Fauzi Mustaffa; Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Haji Muhamad Arof Darus; Pegawai Daerah Kulim, Tuan Mohamad Rizal Mohamad Radzi serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Dato’ Elmi Yusoff serta bersama ketua-ketua jabatan dan agensi berkaitan.

Dalam rangka lawatan tersebut, YAB Perdana Menteri turut berkesempatan melawat Kulim Intelligent Command Centre (KICC) yang merupakan pusat pemantauan pintar milik MPKK. Kemudahan ini berperanan sebagai pusat kawalan bersepadu yang menyokong pengurusan bandar secara lebih cekap melalui penggunaan teknologi pintar dalam aspek pemantauan keselamatan, trafik serta operasi bandar.

Sebelum mengakhiri lawatan di Bangunan MPKK, YAB Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra serta bergambar bersama warga kerja Majlis Perbandaran Kulim sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen penjawat awam di peringkat pihak berkuasa tempatan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Kehadiran YAB Perdana Menteri ke daerah Kulim mencerminkan perhatian dan komitmen berterusan Kerajaan terhadap pembangunan negara, di samping memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui perancangan pembangunan yang lebih inklusif dan mampan.

YAB Perdana Menteri turut singgah meninjau Bazar Ramadan Taman Selasih, Kulim dan meluangkan masa beramah mesra dengan masyarakat setempat serta para peniaga yang berniaga di bazar berkenaan.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content