KUNJUNGAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE BAZAR RAMADAN TANDOP, ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 27 Februari 2026 (Jumaat) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah berkunjung ke Bazar Ramadan Tandop, Alor Setar petang tadi. Lawatan tersebut diadakan bagi melihat sistem operasi dan kemudahan bazar tersebut serta memastikan kebersihan, keselamatan, dan keselesaan buat para peniaga dan pengunjung sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
 
Hadir sama Pengarah Jabatan Kewangan MBAS, Encik Mohamad Najib Mohd Salleh; Timbalan Pengarah Penguatkuasaan dan Promosi, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, Puan Jazilah Jalaludin, Ketua Bahagian Pengurusan Pasar dan Penjaja MBAS, Pn. Nor Shakila Che Ali serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Skip to content