WALKABOUT BAZAR RAMADAN 2026 & KICK-OFF KEDAH KE ARAH BEBAS KERACUNAN MAKANAN
Alor Setar, 28 Februari 2028 (Sabtu) – Program Walkabout Bazar Ramadan 2026 & Kick-Off Kedah Ke Arah Bebas Keracunan Makanan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kedahyang telah berlangsung petang semalam bertempat di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria. Turut hadir ialah Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya; Pengarah Bahagian Pematuhan dan Pembangunan Industri, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. Ts. Mahamad Sukor Senapi; Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, YBrs. Dr. Nor’Aishah Abu Bakar serta pegawai-pegawai terlibat.
Objektif utama penganjuran program adalah bagi memberikan pendidikan dan kesedaran kepada peniaga serta pelanggan di Bazar Ramadan berkaitan keselamatan dan kualiti makanan sepanjang Ramadan ini.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Peluncuran Kedah Ke Arah Bebas Keracunan Makanan, lawatan ke gerai jualan, penyampaian anugerah gerai terbaik, pemeriksaan gerai jualan, edaran risalah pendidikan kesihatan, pameran keselamatan makanan, aktiviti interaktif Wellness On Wheels, pameran pencegahan Tibi dan kaunter perkhidmatan Perkeso.
Semoga aktiviti sebegini memberi manfaat kepada rakyat negeri Kedah terutama berkaitan pencegahan keracunan makanan dan mencapai objektif program yang dirancang.
