POP-UP EVENT LORONG PEKAN : MALAM PUISI LAGU & KOPI SEMPENA ULANG TAHUN BANDARAYA ALOR SETAR KE-22

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 30 November 2025 (Sabtu) : Dataran Starwalk, Alor Setar menjadi tumpuan warga bandar raya menerusi penganjuran program “Pop-Up Event Lorong Pekan: Malam Puisi Lagu & Kopi” yang berlangsung dengan jayanya diadakan sempena Ulang Tahun Bandaraya Alor Setar yang ke-22.
Program tersebut menampilkan pendekatan santai namun penuh dengan pengisian ilmiah dan seni warisan dan budaya. Antara aktiviti utama yang menjadi tarikan pengunjung termasuk persembahan puisi daripada sasterawan terkenal, monolog, serta busking yang mengangkat apresiasi seni tempatan.
 
Program ini turut memberi ruang kepada usahawan tempatan melalui jualan pelbagai jenis kopi, makanan, dessert, dan barangan terpakai (thrift). Selain itu, acara tersebut turut dimeriahkan dengan pameran dan jualan buku oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, serta pameran kereta mewah eksklusif yang dibawakan oleh LBI Motor.
 
Bagi menggalakkan penglibatan keluarga dan kanak-kanak, pelbagai aktiviti interaktif turut disediakan seperti pertandingan mewarna, lukisan muka (face painting), bengkel seni mini, dan demonstrasi lukisan dakwat Cina.
 
Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah hadir bagi memeriahkan program tersebut. Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Encik Shahizan Affandi Zakaria; Ahli Majlis MBAS, Encik Chuah Chong Yong; Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS, Tuan Afizudin bin Dato’ Paduka Hj Mohd Saad; serta barisan Ketua Bahagian MBAS dan wakil penganjur Lorong Pekan.
 
Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa penganjur Lorong Pekan, LBI Motor, serta agensi-agensi terlibat atas sumbangan dan komitmen yang diberikan. Kolaborasi strategik ini dilihat berjaya menyemarakkan sambutan ulang tahun bandar raya, sekaligus memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan, swasta, dan komuniti.
 
 
Skip to content