KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR ALOR SETAR KE ATAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)
Alor Setar, 4 Disember 2025 (Khamis) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman, Dato’ Syeikh Zakaria Othman, di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Zakat, Alor Setar.
Pertemuan strategik ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta menjadi platform bagi kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan bagi beberapa perkara penting berkaitan pembangunan bandar raya serta inisiatif bersama untuk mengindahkan persekitaran Alor Setar.
Kerjasama erat antara MBAS bersama LZNK, yang berperanan sebagai institusi sosioekonomi Islam negeri, dilihat penting dalam merancang dan menjayakan projek-projek yang memberi impak positif kepada kesejahteraan warga bandar raya secara menyeluruh.
