PROGRAM KEMPEN “ORANGE THE WORLD” (OTW) PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2025

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 5 Disember 2025 (Jumaat) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah hadir ke Kempen “Orange The World” (OTW) Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 yang diadakan pagi tadi bertempat di Menara Alor Setar. Program tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat Perpaduan Negeri Kedah, YB. Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah Saad.
 
“Orange The World” ialah satu kempen antarabangsa selama 16 hari, disambut setiap tahun dari 25 November hingga 16 Disember, bertujuan menamatkan keganasan berasaskan jantina terhadap wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia. Warna Oren dipilih sebagai simbol harapan, kekuatan dan masa depan yang lebih cerah bebas daripada keganasan.
 
Program tersebut berjaya menarik kira-kira 200 warga Kedah dari pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dengan pakaian bertemakan warna oren. Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya senaman Zumba dan aktiviti berkalan kaki (briskwalk) sejauh 3 kilometer disusuli dengan sesi cabutan bertuah untuk para peserta. Selain itu, Menara Alor Setar turut dinyalakan dengan warna oren, menandakan sokongan dan solidariti negeri terhadap kempen antarabangsa ini.
 
Turut hadir ke program tersebut bagi pihak MBAS ialah Pengerusi PUSPANITA MBAS, YBhg. Datin Fauziah binti Halim; Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS, Tuan Afizudin bin Dato’ Paduka Hj Mohd Saad; Ahli Majlis MBAS, Pn. Robiah Dahaman serta ketua-ketua bahagian dan kakitangan MBAS yg terliibat.
 
 
 
 
 
 
 
 
Skip to content