SEMBURAN KABUS DI “SEKITAR MINI STADIUM PEREMBA
Alor Setar, 12 Disember 2025 – Bahagian Kawalan Penyakit dan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sentiasa proaktif dalam memastikan persekitaran bandar bebas daripada ancaman nyamuk Aedes.
Bagi memastikan keberkesanan aktiviti kawalan vektor, dua (2) pasukan dengan dua (2) unit mesin thermal fogger telah digerakkan untuk melaksanakan operasi semburan kabus di kawasan sekitar Mini Stadium Peremba, Alor Setar. Langkah ini bertujuan membunuh nyamuk dewasa serta mencegah penularan penyakit bawaan vektor dalam kalangan pengunjung di kawasan tersebut.
Tindakan ini mencerminkan komitmen berterusan MBAS dalam mempromosikan Kesihatan dan mewujudkan persekitaran yang lebih sihat, selamat dan kondusif ke arah Bandaraya Berdayahuni.
