DATUK BANDAR ALOR SETAR HADIR MERASMIKAN SETARA FUN RUN 2025
Alor Setar, 13 Disember 2025 (Sabtu) – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya, telah menyempurnakan perasmian program “SETARA Fun Run 2025” bertempat di Menara Alor Setar.
Program anjuran PIBG Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat ini berjaya menarik penyertaan hampir 900 peserta daripada pelbagai peringkat umur. Penganjuran ini turut mendapat kerjasama strategik daripada pelbagai agensi kerajaan dan sektor swasta.
Selain memupuk budaya gaya hidup sihat, acara ini bertujuan memperkukuh integrasi antara warga sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat. MBAS menyambut baik inisiatif ini dalam usaha membina masyarakat bandar raya yang cergas dan proaktif.
Kredit foto : Arena HijauKuning
