11 Mac 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kulim dan Dewan Muslimat Pas Kawasan Padang Serai telah berjaya melaksanakan Program Jerayawara Bazar Ramadan di Taman Selasih, Kulim.

Jerayawara ini bukan sahaja bertujuan meninjau para peniaga untuk memastikan amalan terbaik dalam mengendalikan operasi bazar Ramadan sentiasa dilaksanakan, malah turut menghargai susah payah para peniaga dengan pemberian bubur lambuk dan kuih raya sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka sepanjang menjalankan perniagaan di bazar Ramadan.

Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan. Kerajaan Tempatan dan Kesihatan dan YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK.

Turut hadir bersama ialah Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK; Dr. Zuraidah binti Zaidun, Pegawai Kesihatan Daerah Kulim; Puan Norhayati binti Amran, Ahli Majlis Zon 9; Puan Zarina binti Abdullah, Ahli Majlis Zon 18; Encik Ahmad Shakir bin Arus, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKK; Encik Badrulhilmi bin Sulaiman, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKK; Encik Halimin bin Lahaming, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan; Puan Farah Izah Binti Abu Hassan, Pegawai Kawasan Zon 9 serta barisan pegawai lain yang turut sama menjayakan program ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan memberikan sokongan dalam menjayakan program ini serta memeriahkan suasana Bazar Ramadan Taman Selasih. Semoga usaha ini terus mengeratkan hubungan masyarakat dan memberi manfaat kepada para peniaga serta pengunjung.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#BazarRamadan

#Ramadan1447H

Skip to content