BERITA DUKA: PEMERGIAN TUAN YANG DIPERTUA (YDP) MAJLIS PERBANDARAN KUBANG PASU

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) dengan penuh hiba dan rasa dukacita ingin memaklumkan berita kepulangan ke rahmatullah, Tuan Badrulhisham bin Haji Sulaiman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu pada hari ini, 31 Mac 2026.
Sesungguhnya, kehilangan ini merupakan satu duka yang amat mendalam buat kami semua. Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang berdedikasi dan telah banyak menyumbang jasa serta bakti demi kemajuan daerah Kubang Pasu dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu
Setinggi-tinggi ucapan takziah dizahirkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Kami mendoakan agar keluarga tabah menghadapi ujian yang berat ini.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.
Al-Fatihah. (Dibaca)
#perbandaranbersihindah
#majlisperbandarankubangpasu
#MPKP

Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

