DATUK BANDAR ALOR SETAR HADIR MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUP I-GEN 2026 : KUMPUL 364 PENYERTAAN INOVASI DARI SELURUH NEGARA

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 30 Mac 2026 – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah hadir menyempurnakan Majlis Penutup I-GEN 2026: Competition & Exhibition for Innovative Generation anjuran Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar yang telah berlangsung dengan penuh gemilang bertempat di Kedah Digital Library, petang semalam.
 
I-GEN 2026 telah meraih kira-kira 364 penyertaan dari peserta seluruh negara dan 26 projek inovasi terbaik telah dipilih ke peringkat akhir untuk bertanding dan dipamerkan. Bertemakan “Think AI, Create the Future”, I-GEN 2026 menghimpunkan pelbagai idea, bakat dan penyelesaian inovatif daripada para peserta dalam bidang teknologi pintar, inovasi produk kreatif dan kelestarian alam sekitar.
 
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak KPTM Alor Setar atas penganjuran yang cemerlang serta kepada semua peserta yang mempamerkan daya cipta inovasi yang luar biasa.
 
 
Skip to content