PERBEZAAN LESEN & PERMIT – JANGAN KELIRU!

Masih ramai yang keliru antara lesen perniagaan dan permit sementara. Jom fahami perbezaannya supaya urusan perniagaan anda lebih lancar.

LESEN PERNIAGAAN

  • Kebenaran rasmi untuk operasi secara tetap
  • Digunakan untuk aktiviti berterusan
  • Biasanya jangka panjang (boleh diperbaharui)

 Contoh : Lesen Premis Perniagaan, Lesen Penjaja Statik/Bergerak dan Lesen Iklan

PERMIT SEMENTARA

  • Kebenaran khas untuk aktiviti sementara
  • Untuk situasi atau tujuan tertentu sahaja
  • Biasanya jangka pendek

Contoh : Permit Sementara Sepanduk/Bunting, Permit Sementara Khemah, Permit Sementara Untuk Acara dan Permit Sementara Kerusi Meja

Ringkasnya:
Lesen = Kebenaran tetap
Permit = Kebenaran sementara

Pastikan anda memohon jenis kebenaran yang betul sebelum menjalankan perniagaan bagi mengelakkan sebarang tindakan.

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi talian 04-4296666 sambungan ke Jabatan Pelesenan.

Skip to content