MESYUARAT AGUNG KELAB MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR KALI KE-46

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
30 Mac 2026, Isnin – Bertempat di Dewan As-Sakinah Tingkat 7, Menara MBAS, telah berlangsung Mesyuarat Agung KMBAS Kali Ke-46. Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Bandar MBAS, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya, DIMP., SDK., AMK., AMN., BCK. . Hadir sama Tuan Setiausaha En Mohamad Shahuri Bin Mohamad Norlin, AMK., BCK. Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian serta semua ahli Kelab MBAS.
 
Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Dipertua Kelab MBAS, Tuan Haji Md. Nayan Bin Bahari. Agenda mesyuarat termasuk pengesahan minit Mesyuarat Agung Kelab MBAS bagi Kali Ke-45 yang telah diadakan pada 25 Mac 2025 yang lalu, membincangkan berkenaan perkara berbangkit dari minit Mesyuarat Agung Kali Ke-45, menerima laporan kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2025 dan pembentangan laporan tahunan 2025 oleh pengerusi-pengerusi Biro Kelab.
 
Majlis diakhiri dengan acara cabutan bertuah berupa hamper dan barangan elektrik kepada penama yang bertuah dalam mesyuarat berkenaan. Mesyuarat telah berlangsung dengan jayanya.
 
Skip to content