KENYATAAN TAWARAN TENDER
Pembekal-pembekal BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK serta mempunyai Lesen KDN adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.
| BIL | TAJUK | NO SEBUT HARGA | KOD BIDANG |
| 1. | TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI KOMPLEKS MENARA MPSPK DAN BANGUNAN-BANGUNAN MILIK MPSPK UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN. | NO. T01/2026 (PER) | 220801 |
Harga Dokumen : RM50.00 SENASKAH (KAD DEBIT & KAD KREDIT)
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Jualan Dokumen Tender dan Tender, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK mulai 08 APRIL 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
| Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 4.30 petang | ||
| Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 3.00 petang |
Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Lesen KDN, Sijil Akuan Pendaftar Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK dan Salinan resit pendaftaran Kontraktor/Pembekal Negeri Kedah (iDaftar).
Tarikh tutup tender ialah pada 28 APRIL 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kompleks Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut harga di Kaunter Jualan Dokumen Tender dan Tender, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 08 APRIL 2026