MEMACU INISIATIF KEBERSIHAN: KUNJUNGAN HORMAT SWCORP KE MPSPK
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah menerima kunjung hormat daripada delegasi SWCorp Negeri Kedah dalam satu sesi pertemuan rasmi yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan profesional.
Kunjung hormat ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) SWCorp, Ir. Zulkifli bin Tamby Chik. Turut hadir ialah Pengarah SWCorp Negeri Kedah, Tuan Shamsuharizal bin Basir; Pengurus SWCorp Cawangan Sungai Petani, Tuan Ikrom bin Dolwahit; Puan Hetty Helena binti Mohd Yussof dari Bahagian Sisa Domestik SWCorp; serta Encik Ahmad Zikry Badrin daripada Environment Idaman Sdn. Bhd.
Delegasi telah disambut oleh Yang Dipertua MPSPK, Yang Mulia Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran, Encik Shahizat bin Rosly serta Puan Syakirah binti Abdul Kadir, Ketua Bahagian Inspektorat.
Tujuan kunjung hormat ini adalah bagi memperkukuh kerjasama strategik antara MPSPK dan SWCorp dalam pengurusan sisa pepejal, meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kebersihan awam serta membincangkan inisiatif baharu ke arah persekitaran yang lebih lestari dan bersih di kawasan Sungai Petani.
Yang Dipertua MPSPK menyatakan hasrat agar hubungan kerjasama yang terjalin ini dapat terus diperkasa melalui perkongsian kepakaran, pelaksanaan program kesedaran awam serta inovasi dalam pengurusan sisa yang lebih efisien dan mampan.
MPSPK amat menghargai kunjung hormat ini dan berharap agar jalinan kerjasama ini akan membuahkan hasil yang positif demi kesejahteraan masyarakat serta kelestarian alam sekitar di daerah ini.
Klik untuk gambar sekitar program




