AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) NEGERI KEDAH ANJUR LIBAT URUS PENGURUSAN & PENYELIAAN PUSAT PEMULIHAN PERSENDIRIAN (PPP)
Alor Setar, 7 April 2026 – Satu libat urus pengurusan dan penyeliaan Pusat Pemulihan Persendirian (PPP) anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah telah diadakan pada 6 & 7 April 2026 di Dewan Inspin, Alor Setar, Kedah.
Libat urus ini melibatkan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta pengusaha Pusat Pemulihan Persendirian.
Dr Elina binti Mohd, Pegawai Undang-Undang Majlis Bandaraya Alor Setar telah dijemput sebagai salah seorang penceramah dalam sesi libat urus ini. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama.
