MBAS & BANK RAKYAT XCESS SIMPANG KUALA, ALOR SETAR KEDAH METERAI PERSEFAHAMAN PELABURAN

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 07 April 2026 (Selasa) – MBAS menerima kunjungan hormat daripada pihak institusi Bank Rakyat XCess Alor Setar cawangan Simpang Kuala bagi cadangan pelaburan dan kerjasama lain menerusi Penolong Pengurus Cawangan, En Khidzrul Nizam bin Mohd Khidir dan eksekutif Nur Shuhada binti Zulkifli ke atas YBhg. Dato’ Bandar Alor Setar.
 
Kunjungan ini bagi meneroka pelaburan yang boleh memberi pulangan tinggi kepada pelaburan serta kolaborasi strategik lain dengan industri perbankan dalam Bandaraya Alor Setar.
 
Turut sama, En Mohamad Najib bin Mohd Salleh, Pengarah Jabatan Kewangan MBAS.
 
Ini adalah komitmen berterusan MBAS dalam memacu pembangunan bandaraya yang progresif, berdaya saing dan lestari merancakkan sektor ekonomi dan perbankan di bandaraya.
 
 
Skip to content