MBAS BERSAMA IPG KAMPUS DARULAMAN JAYAKAN PROGRAM EKO-RISE: TANAM POKOK TECOMA KUNING PERKASA INISIATIF ZERO CARBON

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 20 April 2026 – Program Restorasi Warisan Bandar Dalam Inisiatif Zero Carbon (EKO-RISE) yang berlangsung pagi tadi bertempat di Taman Kejiranan Ujana Peremba.
 
Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya.
 
Program ini merupakan kolaborasi strategik antara pihak MBAS dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman (JSTEM). Seramai 178 orang pelajar dan 11 orang pensyarah dari institusi tersebut telah turun padang bagi menjayakan misi hijau ini.
 
Sebagai simbolik kepada kelestarian dan gaya hidup rendah karbon, sebanyak 17 batang pokok Tecoma Kuning (Tabebuia palida yellow) telah ditanam di sekitar kawasan Taman Kejiranan Ujana Peremba.
 
Menerusi inisiatif EKO-RISE ini, pihak MBAS berhasrat untuk membudayakan amalan hidup lestari dalam kalangan warga bandar raya serta memupuk kesedaran mengenai kepentingan memelihara ekosistem hijau. Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada agenda besar ke arah menjadikan Alor Setar sebagai sebuah bandar raya berdaya huni yang rendah karbon menjelang tahun 2035.
 
 
Skip to content