MAJLIS SEUNTAI KASIH, SERIBU KENANGAN

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 20 April 2026 (Isnin) – Telah berlangsung satu majlis ringkas bagi meraikan kejayaan Sekolah Kolej Sultan Abdul Hamid (SACHTEY) oleh pihak sekolah ini dalam melaksanakan Projek Eco Green Initiative di Lorong Keriang, Kampung Alor Melong.
 
Kawasan yang dahulunya tercemar dengan sampah sarap kini telah berubah menjadi salah satu lokasi tarikan baharu untuk aktiviti bergambar (OOTD) di bandar raya ini. Transformasi ini hasil sentuhan kreativiti pelajar sekolah serta institut pengajian tinggi yang berjaya menghasilkan lukisan mural sepanjang 105 meter di kawasan tersebut.
 
Tahniah diucapkan kepada pihak Kolej Sultan Abdul Hamid atas kejayaan meraih tempat ketiga keseluruhan dalam pertandingan ini.
 
Projek ini digerakkan oleh empat pelajar KSAH melalui inisiatif Eco Green Initiative, dengan matlamat meningkatkan kesedaran alam sekitar serta memupuk budaya hijau dalam kalangan generasi muda.
 
Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya berkata, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyokong penuh usaha seperti ini yang memberi penekanan kepada pendidikan dan kesedaran alam sekitar.
 
“MBAS sentiasa menyokong segala bentuk program yang melibatkan penyertaan golongan muda, khususnya dalam usaha memupuk tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.”
 
Lorong Keriang kini dijangka menjadi antara destinasi tumpuan baharu yang menarik kehadiran pelancong serta orang ramai.
 
MBAS juga percaya bahawa pemerkasaan belia dalam isu kelestarian, perubahan iklim dan penjagaan alam sekitar perlu bermula dari peringkat akar umbi. Projek ini menjadi platform terbaik dalam membentuk sahsiah generasi muda yang lebih prihatin dan bertanggungjawab.
 
 
Skip to content