KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK serta masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BILNO SEBUT HARGATAJUKKOD BIDANG
1.NO. 06/2026 (LR)SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR ANAK DAN BENIH POKOK UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

DALAM KOD BIDANG

070201 –  (TANAMAN/BAKA/BENIH SEMAIAN)

Harga Dokumen : RM50.00 SENASKAH (KAD DEBIT & KAD KREDIT)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Perolehan, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK mulai 23 APRIL 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu:8.30 pagi – 12.45 tengah hari
  2.15 petang – 4.30 petang
Khamis:8.30 pagi – 12.45 tengah hari
  2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftar Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 30 APRIL 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kompleks Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebut harga di Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan), Tingkat 4, Menara MPSPK, Majlis Perbandaran Sungai Petani 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 21 APRIL 2026

Skip to content