




23 April 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menerima kunjungan Lawatan Kerja Sesi Libat Urus Projek Pembangunan Cakna Madani 2026 daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang melibatkan delegasi dari Ibu Pejabat MIDA Kuala Lumpur dan MIDA Kedah.
Delegasi diketuai oleh Encik Mohd Riduan bin Abd Rahman, Pengarah Eksekutif Fasilitasi Pelaburan MIDA Kuala Lumpur disambut oleh Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK bersama-sama Jabatan dalaman yang terlibat diketuai Ts. Siti Safarah binti Amirnuddin, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan MPKK.
Lawatan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan projek-projek pembangunan semasa dan akan datang, termasuk pembentangan berkaitan Kulim Intelligent Command Centre (KICC) dan sistem KIDS.
Seterusnya, lawatan tapak ke beberapa projek infrastruktur di bawah peruntukan MIDA kepada MPKK. Antara projek yang telah dilaksanakan iaitu tapak projek menaik taraf jalan raya di kawasan Perindustrian Ringan Taman Suasa dan cadangan baru, projek menaik taraf sistem perparitan dan pemasangan CCTV di kawasan Perindustrian Kulim.
Semoga usaha kolaboratif ini terus memperkukuh pembangunan bandar yang mampan selaras dengan aspirasi Cakna Madani sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara agensi.