MBAS TERIMA KUNJUNGAN SAHABAT PBT MBI

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 22 April 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan mesra sahabat PBT Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang dihadiri oleh Pengarah Kesihatan Bandaraya, Jabatan Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan Perbandaran MBI, Encik Manisegaran A/L Subramanian dan Ketua Penguasa Kesihatan Jabatan Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan Perbandaran MBI, Encik M.Selvam A/L Munian.
 
Lawatan kerja pegawai MBI itu telah disambut mesra Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, Encik Khairudin Idris serta pegawai-pegawai terlibat bertempat di Dewan Mesyuarat UTC Kedah, Aras 5, Bangunan UTC Kedah.
 
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea mengenai pelaksanaan pengurusan pembersihan pasar awam dan medan selera/pusat penjaja di bawah seliaan SWCorp. Sesi penerangan mengenai pelaksanaan mengenai pelaksanaan pengurusan pembersihan pasar awam tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan SWCorp Alor Setar dan Padang Terap, Encik Mohd Azam Bin Abd Hamid; Pengurus Unit Perkhidmatan E-Idaman Alor Setar dan Padang Terap, Encik Mohd Hakime Bin A. Kechik; Timbalan Pengarah Penguatkuasaan dan Promosi, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, Puan Jazilah Jalaludin serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Pihak MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBI atas kunjungan ini. Semoga lawatan kerja yang diadakan ini membantu mempertingkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua PBT dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
 
Skip to content