JOM PAKAT MAI RAMAI-RAMAI! HARI KOMUNITI ZON BOUGAINVILLEA

Anda tinggal di sekitar Bandar Puteri Jaya? Ini peluang terbaik untuk kita sama-sama mencantikkan kawasan sambil mengeratkan hubungan kejiranan!

Kita jumpa esok di Zon Bougainvillea untuk program Gotong-Royong Rakan Taman. Bukan setakat cuci longkang atau kutip sampah, ada senaman aerobik dan pameran agensi kerajaan juga!

Tarikh: Selasa, 28 April 2026
Masa: 8.00 Pagi – 1.00 Tengahari
Lokasi: Kawasan Lapang Plot 13541 (Bersebelahan Surau Al Mubarak)

APA LAGI YANG ADA ESOK?

1. KAUNTER VAN BERGERAK CUKAI PINTU MPSPK

  • Mudah sangat! Tak perlu ke bandar. Kaunter van bergerak akan ada di sini untuk urusan semakan dan pembayaran Cukai Pintu.

Nota: Urusan adalah Cashless. Sila aktifkan kad debit/kredit atau perbankan online anda untuk memudahkan urusan.

2. KITAR SEMULA & TEBUS TUNAI (idamanXchange)

  • Bawa sampah boleh jadi duit! Minyak masak terpakai, tin, botol plastik, dan kertas semua boleh ditebus dengan wang tunai (melalui e-wallet).

3. PROGRAM PENUKARAN TONG SAMPAH

  • Tong lama rosak atau hilang? Tukar yang baru!
  • Perumahan: Salinan bil elektrik/air & Tong rosak (WAJIB bawa). Jika hilang, bawa salinan laporan polis.
  • Premis Perniagaan: Salinan bil elektrik/air, salinan SSM & Tong rosak/laporan polis.

Satu langkah kecil kita, impak besar buat komuniti Bandar Puteri Jaya. Jumpa anda esok di perkarangan Surau Al Mubarak!

Bersama kita lestarikan kawasan kediaman kita.

Skip to content