| SYARAT-SYARAT SEWAAN MINI STADIUM |
| i | Tempahan / sewaan perlulah dibuat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum permainan. |
| ii | Semua bayaran adalah bayaran tunai dan mesti dijelaskan semasa tempahan dibuat / disahkan. |
| iii | Bagi sebarang pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum permainan.(jika pembayaran awal telah dibuat, caj pengurusan RM 20.00 akan dituntut / dirampas daripada penyewa.) |
| iv | Dilarang meludah, membuang gula-gula getah, makan atau minum di dalam padang Mini Stadium. |
| v | Dilarang merokok di dalam Kompleks Sukan. |
| vi | Sampah perlulah dibuang di dalam tong sampah yang disediakan. |
| vii | Semua pengguna diminta sentiasa menjaga kebersihan kawasan serta keselamatan peralatan yang digunakan. Sebarang kerosakan / kehilangan perlu diganti. |
| viii | Tidak dibenarkan membawa masuk sebarang kenderaan / binatang peliharaan ke dalam kawasan padang Mini Stadium. |
| ix | Tidak dibenarkan mengorek/menggali mana-mana juga bahagian di kawasan stadium/kompleks sukan untuk tujuan mendirikan khemah/kanopi atau sebagainya tanpa kebenaran daripada MDSIK. |
| x | Bagi kegiatan-kegiatan/aktiviti yang memerlukan permit/lesen/kebenaran daripada agensi-agensi yang berkaitan (contohnya Jabatan Pelesenan MDSIK, Polis, Pejabat Daerah dan sebagainya), pengguna hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak berkenaan terlebih dahulu. |
| xi | Sebarang sepanduk (banner) /poster/ papantanda tidak dibenarkan dipasangkan di mana-mana juga bahagian di kawasan stadium/kompleks sukan kecuali mendapat kebenaran daripada MDSIK. |
| xii | Talian elektrik tidak dibenarkan disambung keluar daripada stadium/kompleks sukan kecuali dengan kebenaran daripada MDSIK. |
| xiii | Tidak dibenarkan membakar apa-apa juga bahan di mana-mana juga bahagian di kawasan stadium/kompleks sukan/dewan MDSIK. |
| xiv | Penganjuran semua jenis aktiviti politik, perjudian dan aktiviti yang diharamkan oleh kerajaan adalah tidak dibenarkan. |
| xv | MDSIK tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan / kecederaan /kehilangan yang berlaku ke atas mana-mana individu sepanjang tempoh penggunaan / penyewaan kompleks sukan. MDSIK juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan / kehilangan mana-mana kenderaan yang letakkan di perkarangan meletak kenderaan. |
| xvi | Penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan syarat-syarat yang akan dikenakan dari semasa ke semasa oleh pegawai yang bertugas. |
| xvii | Penyewa tidak dibenarkan menyewa semula ( meminda hal penyewaan ) kepada orang lain. |
| xviii | Wang cagaran akan dikembalikan setelah MDSIK mendapati semua syarat-syarat yang dikenakan samada secara bertulis atau lisan dipatuhi. Cagaran akan ditahan sekiranya berlaku kehilangan peralatan, kerosakan akibat penyewaan/penggunaan atau hal-hal kebersihan. |
| xix | MDSIK berhak membatalkan tempahan pada bila-bila masa sahaja untuk kepentingan MDSIK dan Kerajaan. |
| xx | Lain-lain syarat yang tertakluk kepada penambahan, pindaan dan / atau syarat baru yang dimaklumkan dari masa ke masa. |