PELAKSANAAN HUKUMAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) SIRI 7 NEGERI KEDAH

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 30 April 2026 – Seramai 24 individu telah menjalani Hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di Dataran Pahlawan di bawah pengawasan ketat anggota penguat kuasa SWCorp Kedah. Kumpulan pesalah yang terdiri daripada 23 warga tempatan dan seorang warga asing itu memulakan tugasan bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.
 
Pesalah yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 53 tahun tersebut telah diperintahkan oleh mahkamah untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan awam, termasuk menyapu, mengutip sampah, serta mencuci kemudahan awam yang tersedia.
Pelaksanaan hukuman ini dijalankan sepenuhnya mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.
 
Program tersebut turut dihadiri oleh Pengarah SWCorp Negeri Kedah, Tuan Shamsurizal Basir, serta Pengurus Cawangan SWCorp Kedah, Tuan Mohd Azam Abd Hamid. Turut hadir ialah Pegawai Kesihatan Persekitaran MBAS, En. Muhammad Helmy Jufry Rusli serta pegawai-pegawai terlibat.
 
PKM bukan bertujuan menghukum semata-mata, tetapi menjadi peringatan tegas bahawa kecuaian kecil mampu mencerminkan sikap yang besar. Ironinya, apabila kesedaran tidak hadir secara sukarela, maka Majlis Bandaraya Alor Setar bersama SWCorp terpaksa mendidik melalui perintah di mana ianya sepatutnya tidak perlu berlaku dalam masyarakat berdisiplin.
 
Skip to content