




5 Mei 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Perhimpunan Korporat Bulanan Anggota sebagai wadah rasmi dalam memperkukuh semangat kebersamaan serta meningkatkan komitmen warga kerja terhadap amanah perkhidmatan kepada masyarakat. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan Lagu Perkhidmatan Awam seterusnya bacaan Ikrar Rukun Negara serta bacaan doa sebagai simbol kesatuan, integriti dan disiplin seluruh warga MPKK.
Majlis turut diisi dengan ucapan oleh Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, PMgr. Sr. Fauziah binti Abdul Mutalib, diikuti ucapan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Dato’ Haji Elmi bin Yusoff yang menekankan bahawa komunikasi berkesan merupakan teras kepada kecekapan organisasi serta menyeru seluruh warga kerja untuk terus meningkatkan prestasi demi mencapai kecemerlangan yang berterusan.
Sebagai tanda penghargaan, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pesara atas jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan serta sesi pengenalan pegawai dan kakitangan baharu
Perhimpunan ini mencerminkan komitmen berterusan MPKK dalam memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti serta berorientasikan perkhidmatan demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan bandar Kulim yang mampan.