11 Mei 2026 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah mengadakan lawatan tinjauan ke lokasi kejadian banjir kilat di kawasan Perumahan PRIMA Junjong susulan hujan lebat yang berlaku pada petang kelmarin.

Dato’ Yang Dipertua MPKK turun padang bagi melihat sendiri keadaan di tapak, meninjau kawasan terlibat serta mengenal pasti tindakan susulan yang perlu dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk.

Turut hadir dalam lawatan rasmi ini ialah Pengarah Jabatan Perancangan Dan Landskap, Pengarah Jabatan Kesihatan Dan Persekitaran, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan serta YB Wong Chia Zhen, ADUN Kulim. Tinjauan turut memberi fokus kepada keadaan sistem perparitan dan kolam tadahan di kawasan perumahan berkenaan.

Sebagai tindakan awal, MPKK telah mengarahkan pihak pemaju yang dihadiri oleh wakil pihak PRIMA dan perunding untuk memperkukuh kawalan serta pemantauan terhadap kolam tadahan di kawasan tersebut bagi memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik dan risiko kejadian banjir kilat dapat dikurangkan.

Komitmen MPKK ini mencerminkan keprihatinan MPKK dalam memastikan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan komuniti sentiasa diberi keutamaan.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content