KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Tawaran sebutharga ini adalah dipelawa kepada pembekal yang berdaftar dengan salah satu kod bidang Kementerian Kewangan Malaysia seperti yang tertera di bawah,
| BIL | NO SEBUT HARGA | TAJUK | KOD BIDANG PENDAFTARAN |
| 1 | 79/2026 (KEJ) | SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL, MENDAFTAR, MENGUJI DAN MENTAULIAHKAN SATU (1) UNIT HONDA CRV 2.0L EHEV TERMASUK PEMASANGAN KELENGKAPAN TRAFIK UNTUK SEKSYEN LETAK KERETA JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH | KOD BIDANG KEMENTERIAN KEWANGAN 110103 ATAU 110199 |
Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Perbendaharaan (Bahagian Perolehan) mulai 17 MEI 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
| Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 4.30 petang | ||
| Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 3.00 petang |
Penyebutharga dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan sijil tersebut semasa membeli dokumen sebutharga.
Dokumen sebutharga boleh dibeli dengan Harga RM 20.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Sahaja) yang tidak dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat di dalam bentuk (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 31 MEI 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kompleks MPSPK, Jalan Patani 08000 Sungai Petani, Kedah.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 14 Mei 2026