



12 Mei 2026 – Majlis Perbandaran Kulim telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Bandaraya Alor Setar yang diketuai oleh Puan Hasmahanum Binti Hamzah, Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan Majlis Bandaraya Alor Setar. Delegasi tersebut telah disambut oleh Puan Uzwana binti Mahmud, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancangan dan Landskap Majlis Perbandaran Kulim.
Lawatan diteruskan ke Kulim Intelligent Command Centre (KICC) bagi memberi pendedahan berkaitan penggunaan teknologi pintar dalam pengurusan bandar, pemantauan operasi bandar secara bersepadu serta pelaksanaan inisiatif ke arah merealisasikan bandar pintar yang lebih efisien, mampan dan berdaya saing. Delegasi turut diberi penerangan mengenai sistem pintar serta pendekatan digital yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kulim dalam memperkukuhkan kecekapan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Kunjungan hormat ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan idea antara kedua-dua pihak khususnya dalam aspek perancangan pembangunan bandar, pengurusan bandar pintar serta transformasi digital pihak berkuasa tempatan.
Hubungan dan kerjasama strategik antara Majlis Perbandaran Kulim dan Majlis Bandaraya Alor Setar akan terus diperkukuhkan demi merealisasikan pembangunan bandar yang lebih mampan, inovatif, berdaya huni dan selaras dengan aspirasi pembangunan bandar pintar negara.