






Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada SOC Healthcare Sdn. Bhd. atas keyakinan serta komitmen untuk membangunkan sebuah hospital pakar swasta di daerah Kulim.
Pembangunan ini merupakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh ekosistem Kulim sebagai sebuah bandar yang moden, berdaya saing dan seimbang, bukan sahaja sebagai pusat perindustrian dan teknologi, malah sebagai destinasi kehidupan yang lengkap dengan kemudahan kesihatan berkualiti.
Kewujudan hospital pakar swasta ini dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk Kulim dan kawasan sekitarnya melalui akses yang lebih mudah kepada rawatan pakar, kemudahan pembedahan serta penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh tanpa perlu melakukan perjalanan jauh ke luar daerah.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, antaranya YBhg. Dato’ Wira Vijayasundram Jeyabalan, Pengarah SKI Capital Sdn. Bhd.; YBhg. Dato’ Azam Saad, Pengarah SKI Capital Sdn. Bhd.; YBhg. Dato’ Sri Dr. Shamir Kumar Nandy, Pengarah SOC Healthcare Sdn. Bhd.; YBrs. Encik Muhammad Rezuan bin Abu Samah, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MPKK; serta YBrs. Mr. Andy Lim, Ketua Pegawai Eksekutif IFIMAJAYA Sdn. Bhd.
Semoga usaha murni ini dipermudahkan, diberkati dan menjadi mercu tanda baharu dalam pembangunan Kulim serta memberi manfaat berpanjangan kepada rakyat Kulim dan Kedah Darul Aman.