KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI TAO CHALUNG, THAILAND KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 14 Mei 2026 – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan kunjungan hormat daripada Yang Dipertua Pertubuhan Pentadbiran Sub Daerah (TAO) Chalung, Wilayah Satun, Thailand, YBrs. Encik Sujit Yamasa bersama delegasi beliau di Ibu Pejabat MBAS.
 
Kunjungan tersebut diadakan bagi membincangkan kerjasama strategik serta manyampaikan jemputan rasmi kepada Datuk Bandar dan pengurusan MBAS bagi menghadiri Program Festival Makanan Halal Chalung Wilayah Satun 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 Jun 2026 di Chalung, Thailand.
 
Pertemuan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala antara MBAS dan pihak TAO Chalung, khususnya dalam sektor pelancongan, kebudayaan, dan pembangunan mampan antara kedua-dua bandar.
 
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Majlis MBAS, Encik Shamsudin Ahmad dan Ketua Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan MBAS, Puan Siti Fazlina Abd Tafaruddin.
 
Skip to content