KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Sebutharga Terbuka adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar di Negeri Kedah Sahaja dan WAJIB berdaftar di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bertaraf Bumiputra, Lembaga Pembagunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan MPSPK serta masih sah dan dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :-
| BIL | NO SEBUT HARGA | PROJEK | SYARAT PENDAFTARAN | TEMAPT BERKUMPUL | JAM | TARIKH LAWATAN TAPAK |
| 1 | 77/2026 (KEJ) | PROJEK MENAIK TARAF DATARAN TSUNAMI (TSUNAMI WATERFRONT), KUALA MUDA, KEDAH | CIDB GRED G4 KATEGORI B PENGKHUSUSAN B04 KATEGORI CE PENGKHUSUSAN CE21 DAN CE14 | DATARAN TSUNAMI (TSUNAMI WATERFRONT) | 10.00 PAGI | 21/05/2026 KHAMIS |
LAWATAN TAPAK : DIWAJIBKAN
HARGA DOKUMEN : RM350.00 (Bagi setiap sebutharga – Bayaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat secara (kad debit / kad kredit /
boost / touch n go) dan dibuat atas nama YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan) mulai 21 MEI 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
| Ahad – Rabu | : | 9.00 pagi – 12.00 tengah hari |
| 2.00 petang – 4.00 petang | ||
| Khamis | : | 9.00 pagi – 12.00 tengah hari |
| 2.00 petang – 3.00 petang |
Kontraktor dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan satu salinan bagi kedua-dua sijil tersebut semasa membeli dokumen sebutharga.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 07 JUN 2026 AHAD, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kompleks MPSPK, Jalan Patani 08000 Sungai Petani, Kedah.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 18 Mei 2026